Thursday, June 23, 2011

Koleksi doa-doa dan amalan pembuka rezeki

"Ya Allah,sekiranya rezeki kami berada di langit,maka turunkanlah ia, dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah ia.Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia, jika ia sedikit, banyakkanlah ia, dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia, serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu, dengan rahmatMu,wahai Yang Maha Pengasihi diantara yang pengasih."

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

"Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

No comments:

Post a Comment