Tuesday, May 31, 2011

5 Syarat Nak Buat Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Kita tidur 50 tahun

Kita tidur 50 tahun

1 hari 24 jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
70th
60th – 70th
(65th)

Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ± 65 th
“Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia”
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati – Baligh = Baki Usia, :~ 65 – 15 = 50 tahun

50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:

50 tahun=18250 hari=458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama….. ….!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam=46000 jam=6 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya… …

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam = 19000 jam = 5 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam = 3000 jam = tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan…. …

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; “Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU”.
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar…
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
” Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya “

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi… !
Kerana kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga…
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = 10 minit ….. 5x solat = 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat =8250 hari x I jam 250 jam= tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat (ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita….itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa…

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian… ………
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana….. …….

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita…Akhirat

TUTUP AURAT BOLEH MENGELAK KANSER KULIT

Memakai pakaian yang menutup aurat meletakkan wanita sebagai seorang yang menjaga harga diri sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh dari lelaki. Sebagaimana kita pernah terbaca bagaimana perempuan yang sentiasa bertudung akan dijauhkan daripada penyakit rambut, kulit kepala dan sebagainya. Begitu juga umat yang sentiasa menutup auratnya insya Allah akan terhindar daripada penyakit kanser kulit yang yang kerap menghinggapi wanita yang sering mendedahkan diri atau aurat mereka kepada cahaya matahari. Pada tahun 1998 sahaja seramai 2000 wanita di Amerika Syarikat mati akibat kanser kulit jenis ’sguamous cell carcinoma’. Nisbah kemungkinan manusia khasnya wanita dihinggapi penyakit kanser kulit berwarna atau ’melanomia’ di Amerika Syarikat ialah setiap 75 orang maka seorang terkena penyakit tersebut. Setiap arahan Allah ada hikmatnya yang tersendiri untuk kebaikan dan manfaat kita di dunia apatah lagi di akhirat. Islamlah nescaya kita hebat dan sihat. Firman Allah dalam ayat 81 surah an-Nahlu:

وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِمَّا خَلَقَ ظِلَالًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنَ الْجِبَالِ أَكْنَانًا وَجَعَلَ لَكُمْ سَرَابِيلَ تَقِيكُمُ الْحَرَّ وَسَرَابِيلَ تَقِيكُمْ بَأْسَكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ يُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْلِمُونَ

Maksudnya : Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakanNya: benda-benda untuk berteduh, dan Ia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan Ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. Demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya

Hukum Tabarruj atau Berhias Berlebihan Bagi Perempuan

1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-”Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-”Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
-”Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)

5. Gigi
-’Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.’ (Riwayat At-Thabrani)
-”Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-”Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-”Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya.” (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-”Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-”Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. “(An Nur : 31).
-”Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al Bazzar).
-”Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-”Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-”Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).

12. Rambut
-”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

10 sikap buruk manusia yang dicela Allah

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian.

Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan

Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

5. Kedekut

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah

Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia

Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.”
(riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar.

Kisah Tauhid Raja Muzaffar

Suatu hari Raja Muzaffar yang masih kanak-kanak bertanya kepada bondanya
tentang ALLAH.

“Bonda.. Dimana ALLAH dan bolehkah anakanda melihatNya?”

“Oh.. ALLAH itu di Arasy wahai anakanda dan anakanda tidak dapat melihatNya
kerana ALLAH berada nun jauh diatas 7 petala langit. Sedangkan langit kedua
pun manusia tidak nampak bagaimana hal keadaan zatnya lantas bagaimana
mungkin anakanda akan dapat melihat ALLAH yang berada di Arasy yang
terletak lebih atas dan jauh daripada 7 petala langit?”

“Oh begitu… Bagaimana dengan dalilnya bonda?”

“Dalilnya begini.. “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah ALLAH Yang menciptakan
langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy
untuk mengatur segala urusan”.. dari surah Yunus ayat ke 3.”

Maka giranglah hati Raja Muzaffar kerana telah mendapat jawapan daripada
persoalan yang selama ini sentiasa semak difikirannya. Masa pun berlalu..
hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun, maka
telah remajalah Raja Muzaffar. Suatu hari Raja Muzaffar diperintahkan
ayahandanya supaya belajar ilmu-ilmu agama dari Syeikh Abdullah selaku
Mufti di negeri ayahandanya itu. Maka tidak sabar-sabarnya lagi Raja
Muzaffar mahu berguru dengan Syeikh Abdullah sementelah pelajaran agama
adalah yang paling diminatinya.

Suatu hari sambil duduk-duduk santai dengan Syeikh Abdullah tiba-tiba Raja
Muzaffar ditanyai Syeikh Abdullah dengan 2 persoalan yang tidak asing
baginya.

“Wahai anakanda Putera Raja.. Dimana ALLAH dan bolehkah anakanda Putera
Raja melihatNya?”

Sambil tersenyum Raja Muzaffar menjawab sebagaimana yang telah diajarkan
bondanya dahulu.

“ALLAH itu di Arasy wahai Syeikh Guru dan beta tidak boleh melihatNya
kerana ALLAH berada nun jauh diatas 7 petala langit.”

Tersenyum kecil Syeikh Abdullah mendengar jawapan muridnya itu dan sejenak
selepas menghela nafasnya Syeikh Abdullah lalu bersuara..

“Begini anakanda Putera Raja… ALLAH itu bukannya makhluk seperti kita
lantaran itu ALLAH tidak seperti kita. Apa sahaja hukum yang terjadi pada
makhluk tidak berlaku seperti itu atas ALLAH. Oleh itu ALLAH tidak
bertempat kerana bertempat itu hukum bagi makhluk.”

“Lantas dimana ALLAH itu wahai Syeikh Guru?”

“ALLAH itu tidak bertempat kerana Dia bersifat qiammuhu binafsihi yang
bermaksud ALLAH tidak berhajat pada sesuatu zat lain untuk ditempati. Jika
kita mengatakan ALLAH berhajat pada sesuatu zat lain untuk ditempati maka
ketika itu kita telah menyerupakan ALLAH dengan keadaan makhluk.
Ketahuilah, ALLAH tidak serupa dengan makhluk berdasarkan kepada dalil dari
surah asy-Syuura ayat 11 yang bermaksud “Dia tidak menyerupai segala
sesuatu.” ALLAH tidak berdiam di Arasy kerana Arasy itu adalah makhluk.
Bagaimana mungkin makhluk dapat menanggung zat ALLAH sedang bukit dihadapan
Nabi Musa pun hancur kerana tidak dapat menanggung pentajalian ALLAH.”

Raja Muzaffar mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham. Kemudian Syeikh
Abdullah menambah..

“Berkenaan tentang anakanda Putera Raja tidak boleh melihat ALLAH itu
adalah betul namun bukanlah kerana ALLAH itu jauh maka anakanda Putera Raja
tidak boleh melihatNya.”

“Jika bukan begitu lantas bagaimana Syeikh Guru?” Tanya Raja Muzaffar
beria-ia ingin tahu.

“Sebenarnya kita tidak dapat melihat ALLAH bukanlah kerana faktor jarak
tetapi kerana keterbatasan kemampuan penglihatan mata manusia yang tidak
mampu melihat zatNya. Ini bersesuai dengan firman ALLAH yang bermaksud “Dia
tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala
penglihatan itu dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.”.. dari
surah al-An’am ayat 103.”

Terdiam Raja Muzaffar mendengar hujah gurunya itu. Barulah beliau sedar
bahawa apa yang menjadi pegangannya selama hari ini adalah salah. Pegangan
yang mengatakan bahawa ALLAH itu di Arasy dan ALLAH tidak boleh dilihat
kerana faktor jarak adalah satu kesilapan. Huraian daripada gurunya melalui
ilmu Kalam membuatkan Raja Muzaffar begitu kagum dengan kekuasaan akal yang
dapat menghuraikan segala-galanya tentang Tuhan. Bermula dari hari itu Raja
Muzaffar berpegang dengan hujah gurunya bahawa ALLAH itu tidak bertempat
dan manusia tidak boleh melihat ALLAH kerana keterbatasan kemampuan
penglihatan mata manusia. Akhirnya dengan berkat ketekunan dan kesungguhan,
Raja Muzaffar telah berjaya menguasai ilmu-ilmu ketuhanan menurut peraturan
ilmu Kalam sebagaimana yang diajarkan oleh Syeikh Abdullah hingga mahir.

Masa terus berjalan dan kini Raja Muzaffar telah dewasa. Oleh kerana begitu
minatnya yang mendalam tentang ilmu-ilmu ketuhanan maka beliau meminta izin
daripada ayahandanya untuk menperdalamkan lagi ilmu pengetahuannya dengan
belajar dari guru-guru yang berada diluar istana sementelah Syeikh Abdullah
telah meninggal dunia. Ayahandanya memberi izin lalu tanpa berlengah Raja
Muzaffar menemui sahabat-sahabat sealiran almarhum Syeikh Gurunya untuk
melanjutkan pelajaran.

Raja Muzaffar mempunyai sikap yang pelik. Saban hari apabila beliau melalui
pekan-pekan kecil untuk sampai ke rumah guru-gurunya, beliau akan bertanya
kepada setiap orang yang ditemuinya dengan soalan yang pernah ditanya
kepada bondanya iaitu dimana ALLAH dan bolehkah manusia melihatNya?. Bagi
sesiapa yang menjawab soalannya itu sebagaimana yang pernah dijawab oleh
bondanya maka beliau akan membetulkan kefahaman orang itu dengan hujah
almarhum gurunya Syeikh Abdullah. Jika orang itu tidak mahu tunduk dengan
hujahnya maka orang itu akan dipukulnya sebelum diusir dari negerinya itu.
Begitulah sikap Raja Muzaffar setiap hari sehingga pada suatu hari beliau
bertemu dengan seorang tua yang sedang bertungkus-lumus menyediakan air
minuman untuk diberi minum kepada orang yang lalu-lalang disebuah pekan
tanpa mengambil sebarang upah. Melihat kelakuan pelik orang tua itu lantas
Raja Muzaffar mendekatinya.

“Hei orang tua.. mengapa kamu tidak mengambil upah atas usahamu itu?”

Tanya Raja Muzaffar tegas. Orang tua yang sedari tadi begitu khusyuk
mengagih-agihkan minumannya itu terkejut dengan pertanyaan Raja Muzaffar
lalu meminta Raja Muzaffar memperkenalkan dirinya.

“Siapakah tuan ini?” Tanya si Tua.

“Beta adalah Putera Raja negeri ini!” Jawab Raja Muzaffar tegas.

“Oh kalau begitu tuan ini tentu Raja Muzaffar yang terkenal dengan
ketinggian ilmu ketuhanan itu. Tapi sayang, tuan hanya tahu ilmu tentang
ALLAH tetapi tuan sendiri belum mengenal ALLAH. Jika tuan telah mengenal
ALLAH sudah pasti tuan tidak akan bertanya kepada saya soalan tuan tadi.”

Terkebil-kebil mata Raja Muzaffar mendengar kata-kata si Tua itu. Hatinya
terpesona dengan ungkapan ‘mengenal ALLAH’ yang diucapkan orang tua itu.
Lantas beliau bertanya kepada orang tua itu.

“Kemudian apa bezanya antara ‘tahu’ dengan ‘kenal’?”

Dengan tenang si Tua itu menjawab..

“Ibarat seseorang yang datang kepada tuan lantas menceritakan kepada tuan
tentang ciri-ciri buah nangka tanpa menunjukkan zat buah nangka, maka ini
mertabat ‘tahu’ kerana ianya hanya sekadar maklumat dan orang yang berada
pada mertabat ini mungkin akan menyangka bahawa buah cempedak itu adalah
nangka kerana ciri-cirinya seakan sama. Berbanding seseorang yang datang
kepada tuan lantas menghulurkan sebiji buah nangka, maka ini mertabat
‘kenal’ kerana zatnya terus dapat ditangkap dengan penglihatan mata dan
orang yang berada pada mertabat ini pasti dapat mengenal mana cempedak dan
mana nangka dengan tepat.”

Raja Muzaffar mendengar dengan teliti huraian si Tua itu. Diam-diam,
hatinya membenarkan apa yang diperkatakan si Tua itu. Kemudian terlintas
dihatinya untuk bertanyakan soalan yang lazim ditanyanya kepada orang
ramai.

“Kalau begitu wahai orang tua silalah jawab persoalan beta ini.. Dimana
ALLAH dan bolehkah manusia melihatNya?”

“ALLAH berada dimana-mana sahaja dan manusia boleh melihatNya.” Jawab si
Tua dengan tenang.

Tercengang Raja Muzaffar mendengar jawapan orang tua itu. Seketika kemudian
terus saja orang tua itu dipukulnya sehingga jatuh tersungkur. Melihat
orang tua itu tidak cuba mengelak pukulannya bahkan langsung tidak
menunjukkan reaksi takut maka Raja Muzaffar pun lantas bertanya..

“Kenapa kamu tidak mengelak pukulan beta wahai orang tua?”

“Bukankah tadi sudah saya bilang.. tuan ini hanya orang yang tahu tentang
ALLAH tetapi bukannya orang yang benar-benar mengenal ALLAH.”

Terdiam Raja Muzaffar mendengar kata-kata si Tua itu. Kemudian beliau
menenangkan dirinya lantas bersegera duduk diatas tanah dihadapan orang tua
itu.

“Baiklah orang tua. Silalah huraikan jawapan kamu tadi sebab beta berpegang
bahawa ALLAH itu tidak bertempat dan manusia tidak boleh melihat ALLAH.”

“ALLAH itu tidak bertempat adalah menurut pandangan hukum akal sahaja
sedang pada hakikatnya tidak begitu.” Ujar orang tua itu sambil mengesat
bucu bibirnya yang berdarah. Kemudian beliau menyambung..

“Bukankah ALLAH itu wujudNya esa?”

“Benar.” Jawab Raja Muzaffar.

“Jika ALLAH itu wujudNya esa maka sudah barang tentu tidak ada wujud
sesuatu bersertaNya.”

“Benar.” Jawab Raja Muzaffar.

“Lantas bagaimanakah kedudukan wujud alam ini jika ALLAH itu diyakini wujud
tanpa ada selain zat yang wujud bersertaNya dengan pandangan mata hati?”

Raja Muzaffar memejamkan matanya rapat-rapat lantas dikerahkan pandangan
mata hatinya untuk memahami persoalan yang ditanyai orang tua itu.
Tiba-tiba akalnya dapat menangkap dan memahami hakikat alam ini jika ianya
merujuk kepada ruang lingkup keesaan wujud ALLAH. Lantas beliau membuat
satu kesimpulan..

“Jika dipandang dari sudut esanya wujud ALLAH maka alam ini tidak lain
melainkan diriNya sendiri… Tiba-tiba sahaja perkataan itu terpacul keluar
dari bibirnya. Terkebil-kebil matanya apabila mendengar ucapannya sendiri.
Maka lidahnya kelu dan akalnya lumpuh. Terkejut. Tergamam. Terbungkam.

“Jadi kalau begitu ketika tuan memandang alam ini, siapa yang tuan pandang
pada hakikatnya?” Pantas soalan itu diajukan kepada Raja Muzaffar.

“Pada hakikatnya beta memandang ALLAH!”

“Nah kalau begitu bukankah ALLAH ada berfirman yang bermaksud “Dimana
sahaja kamu menghadap, disitulah wajah ALLAH” dari surah al Baqarah ayat
115 dan dalam surah al Hadiid ayat 3 yang bermaksud “Dialah yang awal, yang
akhir, yang zahir dan yang batin.”

Kemudian orang tua itu bertanya lagi..

“Dan sekarang dapat atau tidak tuan melihat ALLAH ketika ini”

“Ya.. beta menyaksikan dengan ainul basyiroh.”

Perlahan-lahan berjujuran air mata dari bucu mata Raja Muzaffar. Beliau
menahan sebak kerana sekarang beliau sudah faham kenapa orang tua itu tidak
mengambil upah atas usahanya dan tidak mengelak ketika dipukul. Semuanya
kerana yang dipandangnya adalah pentajallian ALLAH. Dalam hati
perlahan-lahan beliau berkata.. “Memang benar sesungguhnya pada sudut ini,
ALLAH berada dimana-mana sahaja dan manusia boleh melihat ALLAH.”

“Makanya wahai Putera Raja.. inilah yang dinamai sebagai ilmu hakikat.”

Semenjak hari itu, Raja Muzaffar terus mendampingi orang tua itu untuk
mempelajari lebih dalam selok-belok ilmu hakikat hingga diangkat beliau
oleh gurunya menduduki kedudukan Syeikh ilmu hakikat. Demi mempraktikkan
ilmu-ilmu hakikat yang halus, Raja Muzaffar telah menjadi seorang ahli
ibadah yang alim. Beliau tidak lagi berpegang dengan fahaman almarhum
gurunya iaitu Syeikh Abdullah kerana baginya jalan yang boleh membuatkan
seseorang itu dapat mengenal ALLAH dengan haqqul yaqin ialah dengan ilmu
hakikat. Beliau telah mengenepikan duduk didalam peraturan hukum akal sama
sekali dan mulai duduk didalam peraturan musyahadah. Bagi beliau, ilmu
Kalam yang dituntutnya selama ini adalah semata-mata salah.

Setelah kemangkatan ayahandanya maka Raja Muzaffar ditabalkan menjadi
sultan dinegerinya dan sekarang beliau menyandang gelaran Sultan Muzaffar
Syah pada usia 50 tahun. Beliau memerintah negerinya dengan adil dan
saksama namun sikap peliknya yang dahulu masih diteruskannya. Dimana sahaja
beliau pergi beliau tetap akan bertanyakan soalannya yang lazim itu. Jika
orang yang ditanya tidak dapat menjawab maka akan diajarkan jawabannya
menurut ilmu hakikat dan jika orang itu membangkang akan dihukum bunuh.
Akhirnya kelaziman Sultan Muzaffar Syah ini membuatkan seluruh rakyat
jelatanya menganut fahaman hakikat. Justeru itu rakyat jelata dinegerinya
hidup aman dan makmur.

Suatu petang Sultan Muzaffar Syah yang terkenal sebagai Mursyid ilmu
hakikat itu berjalan-jalan disebuah padang rumput yang luas dengan ditemani
para pembesar istana. Pandangannya tertarik pada gelagat seorang pemuda
pengembala kambing dalam lingkungan usia 30an yang sedang berusaha
menghalau seekor serigala yang cuba memakan kambing gembalaannya. Baginda
mendatangi pemuda gembala itu. Kelihatan pemuda itu hanya memakai pakaian
yang diperbuat daripada guni dan tidak mempunyai kasut sebagai alas kaki.
Rambutnya kering berdebu, bibirnya kering dan badannya kurus.

“Wahai pemuda.. kenapa kamu menghalau serigala itu dari memakan kambing
itu, tidakkah kamu menyaksikan hakikat serigala itu? Maka biarkan sahaja
ALLAH bertindak menurut kemahuanNya.”

Mendengar kata-kata Sultan Muzaffar Syah itu sekonyong-konyong pemuda
gembala itu menggenggam pasir lantas dilemparkannya pasir itu ke muka
Sultan Muzaffar Syah. Kemudian pemuda gembala itu membongkok untuk
mengambil segenggam pasir lagi lalu dilemparkan lagi ke muka Sultan
Muzaffar Syah. Sultan Muzaffar Syah hanya tercegat sahaja mungkin terkejut
dengan tindakkan pemuda gembala itu. Pemuda gembala itu terus mahu
mengambil segenggam pasir lagi dan melihat itu seorang pembesar istana yang
berada disitu terus memukul pemuda gembala itu hingga beliau pengsan.

Apabila sedar dari pengsan, pemuda gembala itu mendapati tangan dan
lehernya telah dipasung dengan pasungan kayu didalam sebuah penjara. Tidak
lama kemudian datang dua orang pengawal istana dengan kasar merenggut
badannya dan membawanya ke suatu tempat yang amat asing baginya. Tidak lama
berjalan akhirnya mereka sampai dihadapan singgahsana Sultan Muzaffar Syah.


“Mengapa kamu melempari muka beta dengan pasir?” Tenang sahaja pertanyaan
Sultan Muzaffar Syah.

“Kerana tuanku mengatakan bahawa serigala itu adalah ALLAH yakni Tuhan
saya.”

“Bukankah hakikat serigala itu sememangnya begitu?” Tanya Sultan Muzaffar
Syah hairan.

“Nampaknya dakwaan yang mengatakan bahawa tuanku ini adalah seorang yang
mengenal ALLAH adalah bohong semata-mata.”

“Kenapa kamu berkata begitu?”

“Sebab orang yang sudah sempurna mengenal ALLAH pasti merindui untuk
‘menemui’ ALLAH.”

Setelah 30 tahun baru hari ini hati Sultan Muzaffar Syah terpesona lagi
apabila mendengar ungkapan ‘menemui ALLAH’ yang diucapkan oleh pemuda
gembala itu. Dahulu hatinya pernah terpesona dengan ungkapan ‘mengenal
ALLAH’. Sejurus itu juga Sultan Muzaffar Syah memerintahkan agar pasung
kayu yang dikenakan pada pemuda gembala itu ditanggalkan.

“Lantas apa utamanya ‘bertemu’ berbanding ‘kenal’?”

Tanya Sutan Muzaffar Syah.

“Adakah tuanku mengenali sifat-sifat Rasulullah?”

Tanya pemuda gembala itu tiba-tiba..

“Ya, beta kenal akan sifat-sifat Rasulullah.”

“Lantas apa keinginan tuanku terhadap Rasulullah?”

“Semestinyalah beta mahu dan rindu untuk menemuinya kerana baginda adalah
kekasih ALLAH!”

“Nah begitulah… Orang yang sempurna pengenalannya terhadap sesuatu pasti
terbit rasa ingin bertemu dengan sesuatu yang telah dikenalinya itu dan
bukannya hanya sekadar berputar-putar didaerah ‘mengenal’ semata-mata.”

Tiba-tiba sahaja Sultan Muzaffar Syah berteriak kuat dengan menyebut
perkataan ‘Allahu Akbar’ sekuat-kuat hatinya lalu baginda jatuh pengsan.
Tidak lama kemudian setelah wajahnya disapukan dengan air sejuk maka
baginda kembali sedar. Sultan Muzaffar Syah terus menangis teresak-esak
hingga jubahnya dibasahi dengan air matanya. Baginda memuhassabah dirinya..
“Memang.. memang selama ini beta mengenali ALLAH melalui ilmu hakikat
tetapi tidak pernah hadir walau sekelumit rasa untuk bertemu denganNya.
Rupa-rupanya ilmu hakikat yang beta pegangi selama ini juga salah
sepertimana ilmu bonda dan ilmu Syeikh Abdullah”.. bisik hatinya. Kemudian
terlintas difikiran Sultan Muzaffar Syah untuk menanyakan soalan lazimnya
kepada pemuda gembala itu.

“Kalau begitu wahai orang muda, silalah jawab persoalan beta ini.. Dimana
ALLAH?”

Dengan tenang pemuda gembala itu menjawab..

“ALLAH berada dimana Dia berada sekarang.”

“Kalau begitu, dimana ALLAH sekarang?

“Sekarang ALLAH berada dimana Dia berada dahulu.”

“Dimana ALLAH berada dahulu dan sekarang?”

“Dahulu dan sekarang Dia berada ditempat yang hanya Dia sahaja yang
ketahui.”

“Dimana tempat itu?”

“Didalam pengetahuan ilmu ALLAH.”

Sultan Muzaffar Syah terdiam sebentar sambil keningnya berkerut memikirkan
jawapan yang diberi pemuda gembala itu. Kemudian baginda meneruskan
pertanyaannya lagi.

“Bolehkah manusia melihat ALLAH?”

“Kunhi zatNya tidak boleh dicapai dengan pandangan mata kepala dan
pandangan hati.”

“Sila perjelaskan lagi wahai anak muda.” Pinta Sultan Muzaffar Syah.

“Begini tuanku.. adapun jawapan yang diberikan oleh bonda tuanku itu diatas
soalan lazim yang tuanku berikan itu adalah sebenarnya betul menurut
tahapan akal tuanku yang ketika itu dinilai masih kanak-kanak. Adapun
jawapan yang diberikan oleh Syeikh Abdullah itu juga betul jika dinilai
dari sudut hukum akal. Adapun jawapan yang diberikan oleh Syeikh Tua itu
juga betul jika dinilai dari sudut pengamalan musyahadah terhadap ilmu
Hakikat. Begitu jugalah dengan jawapan yang saya berikan juga betul jika
dinilai dari sudut ilmu Ma’rifat. Tiada yang salah cuma ilmu itu
bertahap-tahap dan tuanku telah pun melalui tahapan-tahapan itu. Dari
tahapan jahil (ilmu bonda) ke tahapan awam (ilmu Kalam) kemudian ke tahapan
khusus (ilmu Hakikat) dan akhir sekali ke tahap khawasul khawas (ilmu
Ma’rifat).”

Kemudian pemuda gembala itu terus menyambung kata-katanya..

“Jika ilmu Hakikat itu jalan fana kerana menilik kepada zat ALLAH maka ilmu
Ma’rifat pula jalan baqo’ kerana menilik terus kepada Kunhi zat ALLAH. Maka
jawapan bagi persoalan tuanku itu secara yang dapat saya simpulkan ialah
Tiada yang tahu dimana ALLAH melainkan ALLAH dan tiada sesiapa yang dapat
melihat ALLAH melainkan diriNya sendiri.”

Sultan Muzaffar Syah mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.

“Jadi bagaimana hendak sampai ke tahap mengenal ALLAH dengan sempurna
sehingga terbit rasa ingin untuk menemuiNya?”

“Jangan mengenal ALLAH dengan akal sebaliknya mengenal ALLAH dengan ALLAH.”


“Kemudian, apakah cara-caranya untuk dapat bertemu dengan ALLAH?”

“Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud “.. Barangsiapa mengharap
pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan amalan soleh dan
janganlah dia mempersekutukan Tuhannya dalam beribadat kepadanya”.. dari
surah al Kahfi ayat 110.”

Mendengar penjelasan daripada pemuda gembala itu hati Sultan Muzaffar Syah
menjadi tenang dan akhirnya baginda diterima menjadi murid si pemuda
gembala itu. Kerana kesungguhan yang luarbiasa dalam menuntut ilmu Ma’rifat
maka baginda mahsyur terkenal sebagai seorang sultan yang arifbillah lagi
zuhud dan warak. Kemudian rakyatnya dibiarkan bebas untuk berpegang pada
mana-mana fahaman pun asalkan ajarannya masih didalam ruang lingkup yang
mengikuti pegangan Ahlussunnah wal Jamaah. Dan sekarang pada usia 70 tahun
barulah Sultan Muzaffar Syah sedar dan faham bahawa untuk memahami tentang
ALLAH maka seseorang itu harus melalui tahapan-tahapan yang tertentu
sebelum seseorang itu layak dinobatkan sebagai arifbillah. Baginya samada
ilmu Kalam, ilmu Hakikat atau ilmu Ma’rifat maka kesemuanya adalah sama
penting untuk dipelajari bagi mewujudkan kesempurnaan untuk mencapai
kedudukan Insan Kamil yang Ma’rifatullah.

Kini Sultan Muzaffar Syah sudah memahami bagaimana rasanya rindu kepada
ALLAH dan bagaimana rasanya benar-benar tidak sabar untuk bertemu ALLAH.
Sejak semalam mulutnya tidak henti-henti asyik mengucapkan kalimah
ALLAH..ALLAH..ALLAH dan kadang-kadang terlihat deruan air mata jernih
mengalir perlahan dipipinya sewaktu dipembaringan. Perlahan-lahan pemuda
gembala menghampiri Sultan Muzaffar Syah yang sejak 20 tahun lalu tinggal
bersama dengannya dirumah usangnya lantas meletakkan kepala muridnya itu
diribaan silanya dengan linangan air mata. Kini nafasnya mulai
tersekat-sekat dan melihat itu, pemuda gembala merapatkan bibirnya ke
telinga Sultan Muzaffar Syah lantas mentalqinkan baginda dengan dua kalimah
syahadah seraya diikuti baginda dengan senyuman. Sejurus kemudian Sultan
muzaffar Syah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Suasana hening… pemuda
gembala menunduk sahaja dan sebentar kemudian dia berkata..

“Wahai alangkah beruntungnya.. sekarang tuanku benar-benar telah menemui
ALLAH dan dapat mengenalNya dengan sebenar-benar kenal. Wahai ALLAH, masih
belum layakkah untuk aku bertemu denganMu.. aku mencemburui Sultan Muzaffar
Syah ini maka jemputlah aku menghadapMu Ya ALLAH…”. Sebentar kemudian
pemuda gembala itu pun turut rebah dan menghembuskan nafasnya yang
terakhir. Suasana kembali hening…

Monday, May 30, 2011

Tafsiran Sheikh Imran Hosein - Riba -Dajjal - Imam Mahdi - Nabi Isa

Video yang bertajuk "Islam & Sistem kewangan Antarabangsa" ini adalah antara rakaman siri ceramah/pembelajaran oleh Sheikh Imran Hossein dari Trinidad Tobago.

Mungkin ramai yg dah tengok video ni sebab video ni pertama kali direkod pada tahun 2003, namun mungkin masih ada yg terlepas pandang..
seorang sahabat kita(shafandy) sudah membuat kemas kini (baru upload semalam) terhadap video ini di youtube dengan menjadikannya satu video lengkap(full video - lebih 2jam playback) dan membuat senikata Bahasa Melayu yang lebih jelas bagi memudahkan pemahaman rakyat di Malaysia..

Sheikh Imran Hossein pernah beberapa kali melawat Malaysia, terbaru beliau hadir di sini pada hujung april hingga awal Mei. Boleh cari video ceramah/majlis ilmu beliau diyoutube.

dari sudup pandangan beliau, pada zaman ini tidak akan ada satu institusi Islam yang bertaraf Macro(kerajaan negeri/negara) mampu survive(hidup) sehingga lah misi Dajjal dapat dilaksanakan..beliau mencadangkan pelaksanaan institusi Islam dalam skala micro dan hidup berasingan dari kawasan kota & tempat2 yang mengamalkan "riba"..

keypoint dalam tafsiran beliau :
- Sistem Duit Kertas/fiat/"riba"/USD akan totally rebah dalam akhir tahun ini atau tahun depan (2012)
- Sistem Duit Maya sepenuhnya menggantikan duit kertas(online money/kad kredit) - tak pasti yang online ni bersandarkan apa sebab usd dah jatuh kan?..mungkin terus bersandarkan gold/silver/dinar/dirham atau satu sistem baru yang belum diketahui..
- Ekonomi US runtuh dan tak boleh bangun2..
- Yakjuj makjuj dibebaskan dan rancangan Dajjal/Peralihan kuasa dunia/golden age akan tiba lebih kurang 50 tahun (dari 2003 waktu rakaman video dibuat)
- Dajjal terus takluk negara2 arab/Islam yang "bermasalah" atas lesen "terrorism".
- Jerusalem/Al Aqsa dijadikan markas dan pusat kekuasaaan/pentadbiran dunia yang baru..
- Perang Dunia ke-3 (perang nuke) dijangka tercetus selepas itu..Russia & China join forces vs Dajjal army - kemusnahan dunia oleh manusia secara besar2an..tentera Dajjal menang?
- tak lama lepas tu bila Tasik Galilee kering barulah muncul/kembalinya Imam Mahdi.
- Bandar Madinah "bergegar" - Proses pembersihan
- Pejuang Islam diketuai Imam Mahdi bangkit dan bertahan sehingggalah turunnya kembali Nabi Isa a.s.
bagi mengapuskan Dajjal dan Kuncu2nya..

70 Tahun Evolusi Telefon Mudah Alih

Telefon mudah alih kini seperti telah menjadi alat keperluan harian pada setiap orang. Perhatikan saja orang yang anda jumpai dimana2. Kemungkinan besar telefon mudah alih sentiasa berada disisi tak kira di poket seluar atau poket kemeja mereka. Namun tahukah anda bahawa perjalanan telefon telah menempuh proses evolusi selama 70 tahun?

1. SCR-194 (1938)



Alat komunasi ini adalah 'pembantu' telefon. SCR-194 dan SCR-195 adalah radio AM portabel pertama di dunia. Ia dibuat oleh US ARMY Signal Corps Engineering Laboratories di Fort Monmouth, New Jersey. Alat yang dipandang sebagai walkie talkie pertama itu beratnya sekitar 11 kg dan berdaya jangkau 8 km.

2. SCR-300 (1940)



Alat ini adalah pengganti SCR-195. Dibangunkan oleh Motorola, SCR-300 merupakan radio FM mudah alih yang digunakan oleh pasukan sekutu pada perang dunia II. Beratnya antara 14-17 kg, dengan radius liputan seluas 4.8 km.



3. SCR-536 (1942)



Motorola menghasilkan 'handie talkie' ini untuk AS, sebagai pengembangan dari dua alat komunikasi dahulu. Dengan menggunakan teknologi radio AM, SCR-536 beratnya jauh lebih ringan, yakni hanya 2.27 kg dengan daya jangkau sepanjang 1.6 km.

4. MTA (1956)



Mobile System A (MTA) ini adalah peranti komunikasi Ericsson dan digunakan oleh Sweden. Beranya adalah 40 kg atau sama berat untuk 300 unit telefon iPhone.



5. DYNATAC (1973)



Motorola membuat prototaip telefon mudah alih Dynamic Adaptive Total Area Coverage (DYNATAC) sebagai telefon peribadi praktikal pertama. Di gambar, bekas Naib Presiden Motorola Martin Cooper sedang menelefon pesaingnya dari Bell Labs, Joel S Engel.

6. DynaTAC (1983)



Sepuluh tahun selepas kemunculan prototaip DynaTAC, Motorola mulai memasarkan telefon ini ke awam. Dengan berat 0.9 kg, DYNATAC bekerja di rangkaian teknologi AMPS, perkhidmatan khidmat analog generasi pertama di Amerika Utara.

7. MicroTAC (1989)



Motorola memperkenalkan MicroTAC yang merupakan model telefon flip pertama di dunia. Desain ini mengurangkan saiz telefon apabila tidak digunakan. Dengan ukurannya yang kecil. MicroTAC juga merupakan telefon saku pertama di dunia.

8. StarTAC (1996)



Melanjutkan line TAC-nya, Motorola kemudian melancarkan telefon clamshell pertama bernama STARTAC yang boleh dilipat seperti cengkerang kerang. Menurut Motorola, telefon ini mendapat inspirasi oleh peranti komunikasi yang muncul pada filem siri Star Trek.

9. Communicator (1997)



Nokia 9000 Communicator adalah telefon yang membawa pengguna memasuki era telefon pintar atau smartphone. Dengan desain clamshell-nya, telefon ini yang pertama menyediakan paparan LCD serta papan kunci QWERTY yang kukuh.

10. Benefon (1999)



Geosentric merupakan syarikat penjual telefon yang pertama yang membuat telefon yang berintegrasi dengan peranti GPS. Tak cuma itu, telefon bernama Benefon ini tahan percikan air, dengan menggunakan greyscale, serta menyediakan peta untuk mengesan kedudukan dan pergerakan pengguna.

11. VP-201 (1999)



Di Jepun, Kyocera melancarkan telefon VP-201 yang merupakan telefon pertama yang memiliki kamera terintegrasi.

12. BlackBerry 5810 (2002)



RIM melancarkan peranti BlackBerry pertama yang berintegrasi dengan telefon. Ini adalah telefon yang mensasarkan pengguna profesional yang memerlukan perkhidmatan e-mel seketika dan penyesuaian jadual. Kelemahannya, peranti ini tak punya speaker dan mikrofon.

13. iPhone (2007)



Steve Jobs mulai mengenalkan Apple iPhone pada 2007, sebuah telefon pintar revolusi yang menggunakan skrin sentuh sekaligus mengadaptasi teknologi 3G.

14. HTC EVO 4G (2010)



Telefon ini adalah telefon pertama yang mengandungi standard 4G, dan beroperasi dalam rangkaian WiMAX. Dengan sistem operasi Android 2.1, ia merupakan telefon belayar sentuh paling besar, kamera 8 MP, perakam video definisi tinggi, keluaran HDMI, ciri Mobile Hotspot, dan antara muka HTC Sense.

Friday, May 20, 2011

Remaja cipta motosikal Transformers

MASSACHUSETTS, Amerika Syarikat - Seorang pencipta muda Amerika Syarikat (AS) berusia 17 tahun, Benjamin Gulak melakar sejarah tersendiri apabila mencipta motosikal berkuasa elektrik ala robot dalam filem Transformers bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Motosikal luar biasa itu dihasilkan oleh syarikatnya, BPG Motors dan diberi nama Uno III Streetbike atau U3.

Menurut Gulak, 20, cetusan idea untuk mencipta jentera itu berlaku semasa dia mengikuti bapanya ke Asia atas urusan perniagaan dan mendapati bandar raya Shanghai, Beijing dan Hong Kong mengalami kesesakan jalan raya yang teruk.

Justeru, dia mencipta motosikal yang boleh berubah bentuk dengan bergerak tanpa roda depan yang disimpan di celah dua roda belakang dengan hanya menekan butang.

Motosikal itu sesuai disimpan di dalam bilik dan dibawa masuk ke dalam lif. - Agensi


MOTOSIKAL Uno III Streetbike yang belum berubah bentuk.


BENTUK motosikal Uno III Streetbike selepas berubah bentuk. 

Ayat Terakhir Surah At-Taubah..



حَسۡبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ*ۖ عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُ*ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيم

...Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; dan kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar...

..At-Taubah ayat 129..

ayat Al Quran ini adalah ayat terakhir didalam surah At-Taubah..
hendaklah dibaca sebanyak 7 kali..dan sebaik-baiknya dibaca bersama-sama dengan doa pagi & petang..

insya allah..sekiranya diamalkan dengan penuh keikhlasan serta kita bertawakal pada ALLAH SWT..dan diberikan keizinan serta perkenan dari ALLAH SWT..segala apa yang kita cita-citakan akan dimakbulkan..
insya allah..

Monday, May 16, 2011

Filem Dalam Mihrab Cinta (2010)


                          Kesinambungan dari filem yg lepas Ketika Cinta Bertasbih
Cerita ini diadaptasi daripada sebuah novel juga yang berjudul dalam mihrab cinta. Penulis yang sama juga bagi filem Ketika Cinta Bertasbih. 

Cik Zizi kena ugut oleh pencuri..

Adik Syamsul, Nadia memberi nasihat kepada  abangnya..

Permulaanya agak sedih disebabkan Syamsul Hadi ni terkena fitnah oleh rakan sebiliknya Borhan. Setelah itu Syamsul Hadi ni dikeluarkan dari pesantren dengan cara yang tidak baik.Selepas dikeluarkan dari pesantren, family Syamsul tak dapat terima kenyataan menyebabkan dia lari dari rumah..

Nadia dan Ibunya sedih sebab dapat tahu Syamsul kena tangkap..
Nadia mulanya tak percaya, tapi akhir nyata benar itu adalah abgnya..

Kehidupannya sebagai seorang pelarian membawa padah apabila dia menjadi pencopek(peragut) disebabkan kilaf dan lapar..Tabiatnnya itu diteruskan lagi selepas mendapat galakkan daripada rakan2 dalam penjara. Namun, dipendekkan cerita, dengan ditakdirkan Allah, dia sedar bahawa perbuataanya ini salah dan bertaubat tak akan melakukan lagi..

Bertemu dengan cikgu matematik..
Keputusan setelah istiqarah dan memilih Silvi dan menggalkan Zizi..
Sudah sampai ke babak akhir, dia dijodohkan dengan seorang muslimah yg cantik dan cerdik. Tapi ibunya juga memiliki pilihan lain yang sesuai buatnya..maka dengan solat istiqarah, Syamsul memilih Cikgu Matematik yang diberi nama Silvi..namun jodoh ditangan tuhan dimana Silvi terlalu gembira dengan jodohnya bersama Syamsul menyebabkannya membawa padah..

Dalam Mihrab Cinta..KCB best lagi la..hihi

Pelakon besama penerbit Habiburahman.
Kalau dah cerita semua macam tak best je kan..Apa kata try tengok sendiri..Nak tau dia kawin dengan sapa, boleh la download and tengok sendiri yek..Kalau tak best tu, mungkin saya rasa cerita ni tak sesuai untuk anda..For me KCB dan cerita ni memang selari dengan jiwa saya..InsyAllah, banyak sangat pengajaran dalam cerita ni..Jodoh tetap di tangan tuhan..Kita merancang, tapi Allah S.W.T adalah sebaik-baik perancang.Amin
Cikgu Silvi

Full Movie:
http://www.mediafire.com/?66e5vwr17fube9f
http://www.mediafire.com/?jkantwhnpgq0ija
download kedua-dua link diatas....

Novel :

http://www.4shared.com/get/BTeL0v7u/novel_dalam_mihrab_cinta.html

Preview di Youtube :


Thursday, May 12, 2011

Kisah Kucing Kesayangan Nabi Muhammad SAW Yang Manja

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.

Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan mungil kucing baginda itu sebanyak 3 kali.



Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh di pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Kepada para sahabatnya, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri.

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing.

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

Tahukah Anda Asal Usul Azan?

Malam semalam saya dengar ceramah di masjid yang berdekatan dengan rumah saya. Ceramah kali ini adalah berkisar tentang sejarah dan asal usul azan.

Berikut ini saya kongsikan intipati ceramah yang sempat saya catatkan.

•Solat telah diperintahkan oleh Allah setelah peristiwa Israk Mikraj.
•Nabi SAW mempelajari bagaimana menunaikan solat semasa Israk Mikraj.
•Pada mulanya, solat dilakukan tanpa azan dan tidak secara berjemaah.
•Setelah hijrah ke Makkah, Ummat Islam semakin bertambah ramai. Nabi berfikir bagaimana caranya untuk memanggil orang untuk datang ke Masjid bersolat jemaah.
•Nabi SAW telah adakan mesyuarat bersama dengan para sahabat radhiallahuanhum untuk menentukan cara memanggil orang bersolat jemaah.
•Semasa bermesyuarat, para sahabat telah memberikan pelbagai cadangan, antaranya ;
1. Menaikkan bendera pada tiang yang tinggi apabila tiba waktu solat. Apabila orang ramai melihat bendera telah dinaikkan, maka ini bermakna waktu solat telah masuk dan mereka mesti pergi ke masjid untuk solat berjemaah.

•(Nabi hanya mendiamkan diri saja apabila sahabat memberikan cadangan ini. Ini menunjukkan nabi kurang bersetuju dengan cadangan tersebut kerana kalau waktu malam, pastinya bendera tidak akan dapat dilihat.)
2. Ada sahabat mencadangkan untuk menghidupkan atau memasang api apabila tiba waktu solat. Kalau pasang api, samaada siang atau pun malam, orang akan dapat melihatnya.

•(Mendengar cadangan ini, Nabi SAW berubah wajah. Baginda kelihatan bermasam muka sedikit. Ini adalah kerana amalan memasang api adalah amalan Majusi. * Majusi menyembah api sebagai Tuhan mereka)

3. Ada juga sahabat mencadangkan untuk meniup trompet apabila tiba waktu solat.

•(Nabi SAW tidak bersetuju juga dengan cadangan ini kerana amalan meniup trompet adalah amalan Yahudi)
4. Seorang sahabat membuat cadangan untuk membunyikan loceng.

•(Cadangan ini juga Nabi SAW tidak setuju sebab ia amalan orang Nasoro/Kristian)
5. Saiyidina Umar Radhiallahuanhu (r.a.) akhirnya mencadangkan supaya melantik seseorang naik ke tempat yang tinggi dan melaungkan azan yang berbunyi ; “Assolatu jaami’ah!” (sebanyak 2 kali).

•(Nabi SAW telah bersetuju dengan cadangan Saiyidina Umar, maka Bilal pun dilantik untuk melaungkan azan dengan kalimah tersebut)
Setelah bermesyuarat, para sahabat telah balik ke rumah masing-masing. Mereka masih memikirkan cara terbaik untuk memanggil orang untuk bersolat jemaah.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abdullah Bin Zaid r.a. telah tertidur dan bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki yang membawa loceng. Lalu, Abdullah Bin Zaid telah meminta untuk membeli loceng yang dibawa oleh lelaki tersebut. Lelaki itu bertanya, nak buat apa dengan loceng tu?

Abdullah Bin Zaid telah berkata, ianya adalah untuk digunakan bagi memanggil orang solat berjemaah apabila tiba waktu solat. Lelaki tadi pun berkata bahawa dia mempunyai cara yang lebih baik daripada membunyikan loceng untuk memanggil orang bersolat. Maka, Abdullah Bin Zaid telah meminta lelaki itu mengajarkan caranya.

Lelaki tadi pun terus mengajarkan cara bagaimana azan dan iqamah dilaungkan.



Setelah terjaga dari tidur, Abdullah Bin Zaid R.A telah bertemu dengan Rasulullah SAW dan menceritakan mimpinya itu. Dan Rasulullah berkata, mimpinya itu adalah mimpi yang benar dan lelaki dalam mimpinya itu adalah Malaikat. Maka Rasulullah SAW pun menyuruh Abdullah Bin Zaid mengajarkan kalimah azan tersebut kepada Bilal untuk dilaungkan. (Dan itulah kalimah azan dan iqamah yang kita laungkan sehingga ke hari ini.)

Apabila Bilal melaungkan azan seperti yang diajarkan tersebut, Saiyidina Umar telah mendengar azan tersebut dan terkejut kerana apa yang didengarnya sama seperti apa yang beliau dengar di dalam mimpinya. Rupa-rupanya, Saiyidian Umar juga telah bermimpi sama seperti apa yang Abdullah Bin Zaid bermimpi. Subhanallah, Maha Suci Allah yang merancang semua ini.

Begitulah sejarah dan latar belakang bagaimana azan / iqamah yang kita laungkan hari ini disyariatkan sebagai salah satu syiar Islam.

Sekian, semoga dapat sikit ilmu dari perkongsian ini. Sila sebarkan kepada kawan-kawan lain yer. TQ

Istimewanya Seorang Muslim

"Hujan pagi hari, rintik-rintiknya halus dan jernih sejak kelmarin. Namun malang, sejuknya tidak sampai ke petang. Betapa pun, syukur Alhamdulillah. Itulah rahmat Tuhan.

Terkadang, ingin rasanya hati ini turut disirami hujan. Biar dingin. Biar nyaman. Moga subur tanah hati dengan baik. Kadang kala, hati harus akur. Tidak selamanya hujan akan mencurah. Tetap ada kemaraunya. Hari ini hujan pagi. Esok, mungkinkah kemarau?" Getus hati Abdullah Soleh sebelum matanya tertutup.

Keesokannya, Abdullah Soleh dengan semangatnya mengharungi hari terakhir sebuah program kem motivasi untuk pelajar-pelajar institut pendidikan tinggi di tempat mereka.

Slot terakhir motivasi bagi program tersebut bertajuk "Istimewanya Diri Kita".

"Baik, siapa boleh beritahu kita di sini keistimewaan dirinya?" Satu soalan dilontarkan kepada mahasiswa dan mahasiswi oleh motivator tersebut.

"Saya nak jawab!" Sambut seorang mahasiswa yang bergaya dengan nada yakin.

" Assalamualaikum semua. Di sini saya nak beritahu apa keistimewaan saya, istimewanya saya ialah saya berkeyakinan tinggi, saya bijak berpidato, dan saya yakin bahawa saya mampu menjadi pemimpin negara suatu hari nanti." Kata mahasiswa tersebut dengan penuh keyakinan.

Siswa dan siswi lain juga memberi maklum balas terhadap soalan tadi. Ada yang beritahu keistimewaannya ialah menyanyi, bermain bola, pandai bergurau dan macam-macam lagi.

Hampir semua siswa dan siswi memberi maklum balas terhadap soalan tadi. Lalu, Abdullah Soleh bangkit berdiri untuk turut sama memberitahu keistimewaan sendiri.

"Saya mahu beritahu keistimewaan saya! Keistimewaan saya ialah saya seorang Muslim, mengapa saya berkata begitu? Biar saya jelaskan. Dengarlah sahabat-sahabatku terutamanya yang beragama Islam. Sedarlah! Diri kita tiada ertinya jika Islam bukan agama yang dianuti, tiada ertinya jika kita bukan seorang Muslim.

Sedarlah! Betapa istimewanya kita dapat merasai nikmat Iman dan Islam, betapa istimewanya kita dalam berbillion kalangan umat manusia di dunia ini kita yang terpilih merasai nikmat Iman dan Islam, tanpa nikmat Iman dan Islam mungkin kita boleh berjaya di dunia dengan kelebihan-kelebihan yang Allah anugerahkan, akan tetapi di akhirat sana kita pasti akan kecewa serta merana.

Sedarlah! Seorang Muslim itu sangat istimewa, kerana apa? Kerana kita mempunyai Allah Yang Maha Kuasa. Waktu kita susah dan senang Dia sentiasa ada, malah ketika kita sakit, Dia menghapuskan dosa-dosa kecil kita serta ditambah lagi dengan ganjaran pahala jika kita bersabar menghadapi ujian dari-Nya.

Jika kita lihat, ujian yang hadir itu bukan untuk menghukum kita tetapi memberi peringatan kepada kita yang lalai. Umpama seorang ibu menegur anaknya dengan penuh kasih sayang agar anaknya sentiasa di jalan yang benar. Begitulah perumpamaannya.

Namun kasih sayang Allah lebih lagi daripada kasih sayang seorang ibu atau bapa kepada anaknya. Tidakkah anda semua berasa istimewa dengan nikmat Iman dan Islam ini? Bukankah ini suatu keistimewaan yang terulung kepada diri anda? Maha Suci Allah yang menciptakan segala apa yang ada di langit dan di bumi! Apa pun musibah yang menimpa seorang Mukmin, selalu menguntungkan dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. dalam sebuah hadis:

"Amat menakjubkan sikap seorang Mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap
segala sesuatu di sekelilingnya. Sikap ini sebenarnya tidak pernah wujud pada
umat lain kecuali kepada golongan Mukmin. Jika dia mendapat kebaikan, dia bersyukur,
jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya." (Riwayat Muslim)

Seorang Mukmin apabila ditimpa kesusahan, dan dia mengingati Allah, dengan jalan itulah dia akan memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik. Dia tidak merasa tekanan batin dalam bentuk apapun, kerana penderitaan yang paling berat sekalipun, pasti ada jalan penyelesaiannya dan pertolongan dari-Nya. Rasulullah S.A.W. pun bersabda: "Ingat akan Allah adalah penawar kalbu," Diriwayatkan oleh ad-Dailami oleh Anas.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan firman Allah S.W.T:

"Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian.
Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.
Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah: 216)

Maka setelah ini wahai jiwa pemuda, jangan biarkan kita hanyut dalam ilusi yang berpanjangan terhadap apa-apa yang terlepas dari genggamanmu, dari dakapanmu. Kita lihat di sekeliling kita, kemudian cerminlah diri sendiri. Andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, mulai hari ini ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri!

Manusia yang mulia adalah yang menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah seorang hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar- benarnya, baik secara teori mahupun praktikal. Dia hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik bagi kehidupan ini, semata-mata mengharap cinta-Nya, keredhaan-Nya, dan lebih dari itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan 'kecantikan' Maha Pemurah.

Andai ternyata keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah S.W.T., ternyata apa yang diharapkannya esok hari tidak menjadi nyata, malah yang terjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kita mesti tetap ikhlas dan berbanggalah kita seorang Muslim! Takbir!

"Allahuakbar!"sambut rakan siswa dan siswa yang lain.

Ingatlah sahabat sekalian.

Islam tidak pernah mengecewakan kita tetapi kita yang selalu mengecewakan Islam, kita yang membiarkan Islam terus layu. Kita tidak bangga dengan nikmat Iman dan Islam yang kita miliki. Kita lebih berbangga dengan hiasan-hiasan dunia yang tidak kekal lama. Peringatan ini juga buat diri saya yang kerdil dan hina ini. Sekian terima kasih."

Tepukan gemuruh mula memecah suasana di dalam dewan kem tersebut.

Hebatnya jiwa pemuda, hebatnya jiwa pemuda Islam. Allahuakbar!!

Tanda-tanda Kekurangan IMan Dalam diri Kita

APABILA iman lemah, maka mudah sekali melakukan dosa dan maksiat. Apabila maksiat meningkat, bantuan Allah untuk dipelihara daripada syaitan berkurang dan tiada.

Rasulullah sendiri sering berdoa:

"Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agama-Mu".

Baginda juga memohon Allah memelihara hala tuju perasaannya supaya tidak menyimpang dari hala tuju yang ditentukan Allah menuju kepada yang tertinggi.

Doa baginda:

"Wahai Allah yang menguruskan hati, uruskanlah hati kami di atas ketaatan kepada-Mu".

Rasulullah juga berdoa pada siang dan malam di dalam zikirnya:

"Wahai Allah, sesungguhnya saya berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kefakiran".

Adakah kita mengetahui bahawa Umar al-Khattab yang memisahkan imannya antara yang hak dan batil, syaitan cabut lari daripada menghampirinya dan terdapat garisan hitam di wajahnya lantaran banyak menangis kerana takutkan Allah?

Adakah kita mengetahui bahawa beliau pernah mengecam dirinya kerana kekurangan iman? Maka terdedah kepada dosa yang lebih besar.


Kali ini penulis ingin mengingatkan tentang tanda-tanda berkurangnya iman supaya kita lebih bersungguh menjaga iman sebagaimana nabi dan sahabat antaranya ialah:


1. Terus menerus melakukan dosa dan tidak berasa bersalah.

2. Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.

3. Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.

4. Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib

5. Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.

6. Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat.

7. Berat dalam mengingat Allah.

8. Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari'ah.

9. Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.

10. Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.

11. Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.

12. Berasa senang di atas kegagalan orang lain

13. Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.

14. Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.

15. Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.

16. Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.

17. Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja.

18. Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.

19. Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.

20. Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.


Beberapa cara untuk meningkatkan keimanan kita:


1. Tilawah Al-Quran dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka insya-Allah hati kita akan lembut. Yakinkan bahawa Allah sedang berbicara dengan kita.

2. Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat yang menunjukkan keagungan-Nya kepada kita.

Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendak-Nya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.

3. Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan seharian seperti cara solat dan berwuduk dengan betul, mengetahui erti daripada nama dan sifat-Nya. Orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.

4. Menghadiri majlis zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis seperti itu.

5. Selalu menambah perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedekah dan memudahkan jalan bagi orang yang berbuat kebaikan. Amal kebaikan harus dilakukan secara berterusan.

6. Berasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita daripada terlena terhadap kesenangan dunia.

7. Mengingat tahap kehidupan akhirat, peringkat ketika kita diletakkan dalam kubur ketika kita diadili ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga atau neraka.

8. Berdoa, menyedari bahawa kita memerlukan Allah. Berasa kecil di hadapan Allah.

9. Cinta kita kepada Allah harus kita tunjukkan dalam tindakan. Kita penuh berharap semoga Allah berkenan menerima solat kita dan senantiasa berasa takut akan melakukan kesalahan.

Malam hari sebelum tidur sepatutnya kita bermuhasabah memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.

10. Menyedari akibat daripada berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.

11. Semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun daripada Allah.

18 Cara Untuk Melahirkan Perasan dan Sifat Sabar




1. Janganlah terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta cuba mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti.

Semua perkara ini hanya akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

3. Jangan fikir anda perlu menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa.

Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan berserahlah kepada Allah swt menentukannya.

5. Jangan fikir anda layak mengetahui dan menentukan apa yang terbaik untuk orang lain.

6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan.

Ini tentunya mencetuskan ketidak sabaran ke atas kedua-dua pihak.

7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan.

Anda mengharapkan mereka membetulkan anda mendapat hak yang sama itu.

9. Jangan lagi fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.

10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya.

Cuba lihat dunia luar pula daripada diri anda.

11. Bersimpati dan kasih terhadap orang lain akan membantu anda agar bersifat lebih sabar.

12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.

13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik ini pun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu.

Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.

14. Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.

15. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain.

Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.

16. Bertaubat dan kembalilah kepada Allah kerana hanya pada-NYA
tempat kita bergantung harap.

firman Allah :

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir.

Apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berkeluh kesah dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir

kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap mengerjakan shalatnya" ( Al Ma’aarij)


17. Apabila kita mendapat suatu musibah dan kesulitan, maka mintalah pertolongan kepada Allah dengan mengerjakan solat, doa, bersabar serta tawakal.

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusu’."

( Al Baqarah 45)

"Hai orang-orang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."

( Al Baqarah 153)


18 Ambillah sifat positif yang boleh didapati dari solat :

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.

Ingatlah hanya dengan mengingat Allah-lah hati akan menjadi tenteram"

(Ar Ra’d 28)

Doa kebaikan untuk kedua ibu bapa (doa Nabi Sulaiman as)


رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ

الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ

وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ

وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ


"Ya Tuhanku berikanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai;dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh"

surah an-naml 19